SEJARAH MUHABSI
Muhabsi adalah sejenis bahan mentah yang semula jadi (getah wangi),
diwaktu mana Nabi Adam A.S dilemparkan ke dunia maka berjanjilah
ia untuk menjadi penawar kepada anak cucu Adam. Muhabsi hanya boleh di dapati
di dalam beberapa buah negara sahaja seperti India, Pakistan, Mesir, Yaman dan
Sudan.
Muhabsi sebenarnya
adalah sejenis getah yang terdapat diatas kawasan pergunungan di kawasan yang
panas, manakala ia akan berkurangan apabila di waktu musim hujan, bentuk dalam
molekul asal adalah seperti damar pokok yang kekuningan serta kehitaman apabila
tempoh yang matang. Kebanyakan orang boleh mendapatinya apabila mereka yang
mengerjakan umrah dan haji dan ianya banyak dijual di bazar uhud dan pasar
madinah.
Muhabsi banyak di amalkan oleh orang-orang arab diwaktu mana mereka
mengerjakan haji dan umrah, kerana ia akan memberikan tenaga yang akan
membuatkan mereka tidak merasa letih dan dahaga, orang-orang arab juga percaya
jikalau diamalkan ia akan membuatkan minda menjadi cergas serta dapat menghafal
sesuatu dengan cepat dan cara pemakanannya hanyalah di makan sebesar sebiji
jagung sahaja sehari dan ia telah menjadi tradisi bagi orang- orang arab.
Muhabsi mula di perkenalkan di tanah melayu diwaktu sebelum zaman
kemerdekaan lagi ianya di namakan oleh orang-orang melayu dengan gelaran daging
mukmin dan ada juga orang-orang melayu menamakan ia dengan nama agar-agar bukit
tetapi ianya lebih dikenali dengan nama getah batu kerana ianya hanya terdapat
dicelah-celah batu sahaja dan telah menjadi kepercayaan kepada masyarakat
orang-orang melayu terdahulu getah muhabsi khasiat yang amat besar,oleh sebab
itulah getah murhabsi di gunakan oleh bomoh serta pawang untuk mengubati
penyakit-penyakit yang ganjil seperti hestiria dan santau serta sawan , namun
begitu muhabsi lebih di kenali ramai pada era tahun tujuh puluhan yang mana
telah di popularkan oleh seorang keturunan arab yang telah di jual di
kedai-kedai india.
Tetapi hari ini ia telah pupus dan
tidak lagi di jual di mana kedai India,ianya hanya boleh di perolehi di
kawasan asia barat sahaja dan khasiat muhabsi adalah amat besar dan tinggi yang
mana tidak terdapat pada tumbuhan seperti biasa,
1485
- Hapshepsut,Ratu Mesir, memiliki 31 pohon getah wangi (getah muhabsi -
Commiphora myrrha) yang didatangkan ke Mesir dan ditanam di Thebes
sebagai persembahan untuk kediaman dewa Amon.
(Rosengarten, 1969).
(Rosengarten, 1969).
No comments:
Post a Comment