Petua

Setiap penyakit pasti ada penawarnya melainkan kematian sahaja. Maka di sini saya ingin berkongsi rahsia bagi mereka yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan bagi mengenali isi rahsia alam ciptaan Tuhan ini maka,diwaktu mana Adam pernah bertanya kepada Tuhan (Allah) apakah istimewanya dunia ini maka Tuhan (Allah) berkata aku jadikan gunung ganang dan lautan luas untuk perhiasan alam dan aku jadikan tumbuh-tumbuhan sebagai penawar kepada anak cucu Adam,maka oleh itu marilah kita sama-sama manafaat akan rahsia alam ini seperti mana janji-janji Allah itu. 

Sesungguhnya begitu luas amalan kesihatan untuk manusia dan inilah tanda kasihnya Allah kepada mahluknya yang melebihi kasih ibu kita kepada kita melebihi kasih kekasih kita kepada kita maka dipinjamkan dunia ini beserta segala isinya dan dipinjamkan matahari kepada kita dipinjamkan bulan kepada kita dipinjamkan haiwan dan tumbuhan  kepada kita lalu dipinjamkan air dan lautan kepada kita tampa kita memintanya dan tidak kita membelinya dan kita menyawanya tidak kita berdoa untuk memiliknya semua diberi secara percuma inilah tanda kasihnya Allah pada kita lalu di berinya ilmu kepada kita untuk kita beramal demi kesejahteraan kita.